Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan latihan push up pada otot bahagian atas atlet tenpin bowling SUKMA 2008 Negeri Johor

Omar, Abdul Hafidz and Minhat, Aderemy (2008) Kesan latihan push up pada otot bahagian atas atlet tenpin bowling SUKMA 2008 Negeri Johor. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan latihan push up pada otot bahagian atas atlet tenpin bowling SUKMA 2008 negeri. (Myer, 2005) telah menyatakan bahawa program latihan neuromuscular adalah berkesan memperbaiki prestasi. Kajian ini adalah mengenalpasti prestasi atlet tenpin bowling SUKMA 2008 negeri yang ditingkatkan melalui latihan yang diberikan dengan membandingkan peningkatan kekuatan upper limb melalui pre-test dan post test. 5 atlet lelaki dan perempuan dijadikan sebagai sampel kajian. Atlet tersebut dipilih berdasarkan kelayakan dan menjalani latihan push up selepas pre-test dijalankan selama 4 minggu. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS 12 (Statistical Packages for Social Sciences) dan Microsoft office excel 2007. Analisis perbandingan min juga digunakan untuk melihat perbezaan tahap kecergasan atlet secara keseluruhan dan ujian ‘Push Up’ merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal dalam sukan. Di dalam ujian yang diberikan, atlet perlu mencapai tahap kecergasan berdasarkan norma yang tersedia. Atlet telah melakukan Ujian ‘Push Up’ bagi pre-test dimana terdapat 5 daripada 8 orang atlet mencapai peratus pencapaian yang ditetapkan. Bagi keputusan kajian untuk post-test pula akan diambil setelah atlet melakukan latihan selama 4 minggu. Setiap atlet mesti capai lebih 60% setiap hasil testing yang dilakukan seperti yang ditetapkan oleh MSNJ. Kajian ini dilakukan bagi membantu jurulatih dalam mengenalpasti keberkesanan latihan yang disediakan oleh jurulatih itu sendiri dalam meningkatkan prestasi atlet.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:latihan push up, otot, atlet tenpin bowling, SUKMA 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6351
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 06:50
Last Modified:11 Sep 2017 04:48

Repository Staff Only: item control page