Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): isu dan cabaran dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran

Abdullah, Abdul Halim and Aris, Baharuddin and Saud, Muhammad Sukri and Boon, Yusof and Awang Ali, Saidatul Akmal (2015) Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): isu dan cabaran dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14-15 Sept, 2015, UTHM Johor.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://fptv.uthm.edu.my/seminarmajlisdekan2015/

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diperkenalkan secara meluas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013 bagi meneruskan kesinambungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Terdapat tiga komponen penting yang menerajui pelaksanaan KBAT iaitu perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Kertas kerja ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan KBAT khususnya dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Isu dalam aspek kurikulum merangkumi peranan guru bagi memastikan hasrat yang terkandung dalam kurikulum mampu bertukar realiti. Dari aspek pedagogi, cabaran utama guru adalah bagaimana memilih cara-cara tertentu dalam menjalankan pengajaran bagi memastikan objektif KBAT tercapai. Tambahan pula, KBAT adalah sinonim dengan pemikiran mencapah dan menyediakan ruang untuk pelajar memikirkan jalan penyelesaian masalah secara bukan rutin. Manakala dalam aspek pentaksiran, kaedah penilaian atau pentaksiran yang akan mengukur KBAT antara dilema yang dihadapi oleh guru. Kertas kerja ini turut membincangkan dapatan satu kajian kes yang bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan semasa pelaksanaan KBAT guru matematik sekolah menengah di sebuah daerah di Terengganu. Kajian memfokuskan aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan keseluruhan dan dianalisis mengikut faktor demografi responden kajian. Seramai 196 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan berfokuskan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan KBAT aspek pentaksiran merupakan aspek yang paling lemah dan kurang dikuasai oleh responden kajian. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan antara tahap pengetahuan dan amalan KBAT bagi setiap aspek. Hubungan tahap pengetahuan terhadap amalan secara keseluruhan adalah kuat (r=0.68) manakala aspek kurikulum (r=0.52) dan pedagogi (r=0.54) pada tahap sederhana serta terakhir iaitu aspek pentaksiran adalah pada tahap yang lemah (r=0.46). Dapatan kajian juga mendapati wujud perbezaan bagi tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan KBAT dari faktor demografi jantina, lokasi sekolah dan pendedahan dalam kursus KBAT. Kesimpulannya, tahap pengetahuan berkait rapat dengan amalan pelaksanaan KBAT dan beberapa faktor demografi memberi kesan terhadap tahap pengetahuan dan amalan KBAT guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:63478
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 04:50
Last Modified:30 May 2017 04:50

Repository Staff Only: item control page