Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan strategi pembelajaran geometri tiga dimensi: pelan dan dongakan melalui SketchUp Make

Abd. Wahab, Rohani and Atan, Noor Azean and Abu, Mohd. Salleh and Mokhtar, Mahani and Abdullah, Abdul Halim (2015) Pembangunan strategi pembelajaran geometri tiga dimensi: pelan dan dongakan melalui SketchUp Make. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar 2015 (IEPS 2015), 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
878kB

Abstract

Terdapat cukup bukti yang menunjukkan bahawa kemahiran visual spatial dan tahap pemikiran geometri pelajar tidak diberi penekanan yang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Permasalahan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran geometri di kalangan pelajar. Justeru itu, satu strategi pembelajaran yang dinamakan Strategi Pembelajaran Pelan 3 Dimensi melalui SketchUp Make (SPPD-SUM) telah direka dan dibangunkan dengan harapan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran visual spatial dan pemikiran geometri dalam pembelajaran 3 dimensi geometri bagi tajuk Pelan dan Dongakan. Domain kemahiran visual spatial telah diterapkan ke dalam tahap pemikiran geometri dengan teliti melalui aktiviti pembelajaran yang dibina dan disusun secara spesifik. Susunan ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat mencapai perubahan kognitif yang lebih baik dalam kemahiran spatial visual dengan berkomunikasi dan berinteraksi secara fizikal dan sosial mengikut model hierarki pemikiran geometri van Hiele. Aktiviti pembelajaran telah direka dengan teliti agar selaras dengan setiap tahap pemikiran geometri dan fasa pembelajaran tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh van Hiele. SPPD-SUM dibina berdasarkan ciri istimewa perisian dinamik SketchUp Make bagi memudahkan peningkatan kemahiran visual spatial dan pemikiran geometri semasa proses pembelajaran. Keseluruhan proses pembangunan SPPD-SUM berlandaskan lima peringkat kitaran model reka bentuk pengajaran ADDIE. Kertas kerja ini hanya melaporkan dua peringkat iaitu reka bentuk dan pembangunan SPPDSUM.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran visual spatial, tahap pemikiran geometri van Hiele
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:63378
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:24 May 2017 12:39
Last Modified:31 Jul 2017 14:08

Repository Staff Only: item control page