Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Islam dan liberalisme

Muammar, Khalif (2015) Islam dan liberalisme. In: Seminar Pemurnian Qidah 2015 Peringkat Negeri Kelantan, 15 Nov, 2015, Kelantan, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://iksim.my/iksim/uploads/files/Makalah/Islam%...

Abstract

Dalam mitologi Yunani terdapat seorang dewa yang bernama Prometheus, dewa ini kononnya telah mencuri api daripada Tuhan untuk diberikan kepada manusia di dunia supaya mereka dapat hidup merdeka. Perbuatan khianat ini telah mendatangkan kemurkaan kepada Zeus, Raja segala dewa. Sebagai hukuman atas perbuatan mencuri itu Prometheus telah diikat di atas batu di sebuah pergunungan bernama Caucasus. Setiap hari helang-helang akan datang untuk memakan hatinya yang sentiasa tubuh semula pada malam harinya. Bagi Barat, Prometheus merupakan simbol penentangan demi mencapai kemerdekaan diri (self-determination) dan kedaulatan manusia (human sovereignty). Inti pati daripada idea ini adalah manusia tidak mempunyai sebab untuk menundukkan diri mereka kepada sebarang kuasa mahupun Tuhan. Dalam bukunya, Liberalism: Ancient and Modern, Leo Strauss (1899-1973) mengatakan bahawa Prometheus merupakan penjelmaan bagi Akal (Intelligence). Ahli Falsafah terkenal di abad Pencerahan, Immanuel Kant (1724-1804), ketika memuji Benjamin Franklin, yang tidak takut untuk memasuki ilmu yang ‘terlarang’, mengatakan bahawa beliau adalah “modern Prometheus”. Di akhir makalah ini penulis akan menjelaskan hubungan antara liberalisme dengan mitos Prometheus.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kedaulatan manusia (human sovereignty), mitos Prometheus
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:63330
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:23 May 2017 09:11
Last Modified:27 Jul 2017 10:42

Repository Staff Only: item control page