Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran berasaskan konteks atas talian bagi memupuk literasi kimia pelajar

Abd. Raub, Latifah and Hj. Arshad, Mohammad Yusof and A. Shukor, Nurbiha and Rosli, Mohd. Shafie (2015) Pembelajaran berasaskan konteks atas talian bagi memupuk literasi kimia pelajar. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
345kB

Abstract

Cabaran utama dalam pendidikan kimia adalah untuk membentuk pengetahuan pelajar dalam membina konsep kimia yang abstrak kerana pelajar tidak mampu membina kekuatan pemikiran aras tinggi. Kekuatan pemikiran aras tinggi merupakan ciri penting bagi pelajar untuk berinteraksi dengan fenomena yang berlaku dalam kimia secara mikroskopik, makroskopik, dan simbolik. Perkembangan pemikiran aras tinggi pelajar dalam menguasai konsep-konsep asas kimia sangat diperlukan dalam menguasai literasi kimia. Penguasaan literasi kimia boleh ditingkatkan melalui pembelajaran secara konteks di mana pembelajaran konsep kimia yang abstrak menjadi lebih baik. Pembelajaran secara konteks mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran dan membina pengetahuan serta pembelajaran bermakna. Integrasi teknologi dalam pembelajaran berasaskan konteks pula membantu guru menyediakan pengalaman yang diperlukan oleh pelajar bagi memupuk literasi kimia kerana membolehkan pelajar mengembangkan idea saintifik situasi dunia sebenar melalui pengumpulan maklumat, mengvisualisasi, mentafsir dan merekod data yang boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian. Artikel ini membincangkan ciri-ciri pembelajaran kontekstual secara atas talian bagi meningkatkan literasi kimia di kalangan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran berasaskan konteks, literasi kimia
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:63325
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:18 May 2017 06:59
Last Modified:03 Aug 2017 00:56

Repository Staff Only: item control page