Abdull Patah, Kartini and Arshad, Mohammad Yusof and Rosli, Mohd. Shafie and A. Shukor, Nurbiha (2015) Implimentasi pendidikan pembangunan lestari melalui kimia hijau secara informal - cabaran dan peluang. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.
|
PDF
295kB |
Abstract
Kimia hijau merupakan pendekatan ke arah pendidikan berteraskan pembangunan lestari, PPL yang mampu mendidik para pelajar ke arah penekanan konsep menuju kepada kehidupan yang lestari. Kimia hijau menyediakan satu platform pendidikan kepada pelajar ke arah penyelesaian secara saintifik, bagi menangani punca-punca utama pencemaran alam sekitar bertujuan untuk menghasilkan para pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran , mempunyai sikap dan nilai yang dapat membentuk masyarakat yang bersifat prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. Kebanyakan pelaksanaan pendidikan kimia hijau dilaksanakan ke atas pelajar di institusi pendidikan tinggi dan guru pelatih. Ia dilaksanakan secara pendidikan formal yang menyebabkan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan kepentingan kimia hijau dengan kehidupan sebenar. Pendidikan kimia hijau secara informal merupakan satu bentuk penglibatan pelajar di luar bilik darjah dan di luar skop pembelajaran secara rasmi yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari kimia dan membolehkan pelajar membuat perkaitan isi kandungan pelajaran dengan konteks kehidupan sebenar. Kertas konsep ini akan menghuraikan peluang dan cabaran yang ada dalam mengimplimentasi pendidikan pembangunan kelestarian, PPL melalui kimia hijau secara informal ke atas para pelajar di Malaysia.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pembangunan lestari, pendidikan untuk pembangunan lestari |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Divisions: | Education |
ID Code: | 63293 |
Deposited By: | Widya Wahid |
Deposited On: | 17 May 2017 07:49 |
Last Modified: | 24 Jul 2017 04:26 |
Repository Staff Only: item control page