Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan kepimpinan transformasi terhadap motivasi pekerja di sebuah kerajaan tempatan di Johor

Abdul Wahab, Shah Rollah and Sahari, Noorsyazwani and Rajab, Azizah and Yusoff, Mohd. Effandi and Shaari, Roziana (2015) Peranan kepimpinan transformasi terhadap motivasi pekerja di sebuah kerajaan tempatan di Johor. In: International Conference Human Resource Development 2015, 5-7 April, 2015, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
194kB

Official URL: http://www.management.utm.my/ichrd/2015/important-...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya kepimpinan transformasi penyelia terhadap motivasi pekerja di salah sebuah kerajaan tempatan di Johor. Berdasarkan kajian lepas, gaya kepimpinan ketua memberi pengaruh yang signifikan kepada motivasi pekerja di tempat kerja. Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A (Latar Belakang Responden), Bahagiab B (Kepimpinan Transformasi) dan Bahagian C (Motivasi Pekerja). Responden kajian telah dipilih secara persampelan rawak mudah iaitu seramai 75 orang daripada salah sebuah kerajaan tempatan di Johor. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan kepada motivasi pekerja (r=0.658). Ia bermaksud peranan ketua yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi dikenalpasti mampu meningkatkan motivasi pekerja untuk bekerja.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kepimpinan transformasi, motivasi pekerja
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management
ID Code:63273
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 10:49
Last Modified:30 May 2017 10:49

Repository Staff Only: item control page