Zainon, Othman and Che Awang, Mohamad Saupi and Mat Amin, Zulkarnaini (2015) Pencerapan dan pengimejan matahari menggunakan teleskop celestron nexstar evolution. In: International Conference on Astronomy in the Muslim World 2015 (ICAMW 2015), 19-20 Nov, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.
Full text not available from this repository.
Official URL: http://coe.uniten.edu.my/falak/
Abstract
Matahari adalah satu jasad samawi yang besar di dalam galaksi Bima Sakti. Matahari adalah satu badan gas yang panas disebabkan oleh adanya tindakbalas gas-gas yang berapi-api semasa penjanaan tenaga berlaku dipusatnya. Tenaga yang dikeluarkan adalah dalam bentuk haba, cahaya dan gelombang radio ditambah dengan sinaran ultraviolet dan sinaran X. Bagi ahli-ahli astronomi, matahari disifatkan sebagai bintang yang dikelilingi oleh bumi dan badan-badan cakerawala yang lain dalam sistem suria. Matahari adalah satu jasad samawi yang sering dicerap oleh manusia dengan menggunakan teleskop khas bagi melihat keaktifan pembakarannya. Perkembangan teknologi teleskop pada masa kini telah membolehkan pencerapan dan pengimejan matahari dilakukan dengan lebih baik dan teliti bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman pertama penyelidik dalam pencerapan dan pengimejan matahari yang telah dijalankan pada 9 Julai 2015 (bersamaan 22 Ramadhan 1436H). Teleskop Celestron Nexstar Evolution dan perisian astronomi MaxIm DL Pro6 telah digunakan untuk sesi pencerapan dan pengimejan matahari pada ketika itu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ultraviolet, teleskop celestron nexstar evolution |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G70.212-70.215 Geographic information system |
Divisions: | Geoinformation and Real Estate |
ID Code: | 63266 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 30 May 2017 02:47 |
Last Modified: | 30 May 2017 02:47 |
Repository Staff Only: item control page