Yahaya, Azizi and Ismail, Norhashimah (2008) Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Kursus Dan Masalah-masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknikal Di Tiga Buah sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Journal of Science & Mathematics Education . (Unpublished)
|
PDF
140kB |
Abstract
ABSTRAK : Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor pemilihan kursus dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Seramai 225 orang pelajar aliran teknikal tingkatan 4 di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul data dan maklumat. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 11.5. Analisis data ini diterangkan secara kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.84. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi faktor-faktor pemilihan kursus dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar adalah 4.17. Manakala min keseluruhan bagi dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar adalah 4.00. Oleh itu, jelas membuktikan bahawa faktor-faktor pemilihan kursus dan masalah-masalah pembelajaran mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Justeu itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6247 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 20 Aug 2008 11:34 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 05:23 |
Repository Staff Only: item control page