Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus teknologi elektrik di kolej vokasional

Abdul Rahman, Khairul Anuar and Saud, Muhammad Sukri and Kamin, Yusri and Abu Samah, Norazrena (2015) Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus teknologi elektrik di kolej vokasional. In: International Education Postgraduate Seminar 2015, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
150kB

Abstract

Dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK 11), pembangunan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan diberi penekanan oleh kerajaan untuk memacu arus pembangunan negara demi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat ini, penambahbaikan harus dilakukan dalam sistem pendidikan kini dengan memberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran kini, pengkaji menjalankan kajian untuk mengenal pasti kekangan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional. Sampel kajian ini terdiri daripada sebelas orang pensyarah di Kolej Vokasional yang mengajar Kursus Teknologi Elektrik di Semenanjung Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual tidak berstruktur. Kaedah analisis data adalah menggunakan analisis tema terhadap traskrip temu bual. Dapatan kajian ini mendapati terdapat tiga masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasiona iaitu kekangan masa, peratan terhad dan tidak terkini serta pelajar berasa bosan dan tidak menunjukkan minat untuk mendalami teori pembelajaran. Implikasi daripada kajian ini dapat digunakan sebagai panduan dalam kajian-kajian akan datang untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dinyatakan dalam kajian ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran, elektrik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:62180
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:14 May 2017 00:41
Last Modified:20 Aug 2017 08:41

Repository Staff Only: item control page