Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Metod pengajaran guru bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam fizik

Kaus, Mohd. Adnan and Ali, Mohamad Bilal and Phang Abdullah, Fatin Aliah and Abu Samah, Norazrena and Ismail, Abd. Khamim (2015) Metod pengajaran guru bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam fizik. In: International Education Postgraduate Seminar 2015, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
298kB

Abstract

Antara tujuan utama kurikulum fizik ialah untuk membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar tetapi ianya merupakan suatu tugasan yang kompleks dan kritikal dalam pembelajaran pelajar. Namun begitu hingga kini, ia masih terus diusahakan dan terus menjadi agenda utama dalam bidang pendidikan. Kajian-kajian lepas menunjukkan tahap kemahiran menyelesaikan masalah Fizik dalam kalangan pelajar di Malaysia adalah masih lemah. Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif dan usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah ini. Salah satu elemen yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran ini ialah metod pengajaran guru. Oleh itu, kertas konsep ini akan membincangkan beberapa metod pengajaran guru dalam subek Fizik bagi membantu untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran menyelesaikan masalah, metod pengajaran
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:62172
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:14 May 2017 08:32
Last Modified:02 Aug 2017 12:58

Repository Staff Only: item control page