Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran aplikasi hibah di Malaysia

Nor Muhamad, Nasrul Hisyam (2015) Cabaran aplikasi hibah di Malaysia. In: Seminar Hibah Dalam Pengurusan Harta Islam Peringkat Kebangsaan 2015 (I-Hibah 2015), 19 May, 2015, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.uum.edu.my/index.php/ms/uum-news/2684-s...

Abstract

Hibah sepertimana yang dikenali pada hari ini bukanlah suatu yang asing dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Amalan menghibahkan harta khususnya kepada keluarga terdekat telah lama wujud walaupun tidak dilakukan secara bersistem seperti sekarang. Sungguh pun demikian, perkembangan semasa menunjukkan hibah yang asalnya boleh dianggap sebagai personal matter, kini telah berkembang skop dan trendnya sehingga dianggap sebagai perkara komersial. Hal ini tidak menghairankan kerana ia sejajar dengan perkembangan ilmu, kesedaran masyarakat, tuntutan semasa, perubahan cara hidup, dan sebagainya. Kertas ini membincangkan mengenai beberapa cabaran dan isu dalam aplikasi prinsip hibah di Malaysia. Perkara-perkara yang diangkitkan ini, adalah penting bagi pandangan penulis untuk dibincangkan supaya pelaksanaan prinsip hibah dapat berlaku secara kondusip. Turut dibincangkan ialah beberapa pendekatan dan cadangan yang pada pemerhatian penulis dianggap perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu tersebut.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:undang-undang Islam, hibah
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:62076
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:07 May 2017 16:17
Last Modified:07 May 2017 16:17

Repository Staff Only: item control page