Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Budaya integriti dalam pengurusan perolehan dan tender kerajaan - satu tinjauan umum

Mohd. Ibrahim, Abdul Latiff (2015) Budaya integriti dalam pengurusan perolehan dan tender kerajaan - satu tinjauan umum. In: Seminar Integriti dan Rasuah dalam Kerajaan, 3 Dec, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
660kB

Abstract

Budaya dilihat sebagai apa sahaja perlakuan, tindakan atau amalan berterusan yang dibuat oleh individu, kelompok atau masyarakat diasaskan pada sistem kepercayaan dan nilai. Para sarjana sebenarnya telah memberikan berbagai takrif mengenai budaya; antara yang terawal oleh E.B. Tylor yang menyatakan ia adalah “suatu keseluruhan komplex yang mengandungi ilmu, kepercayaan,, seni, moral, undang-undang, adat, dan apa jua kebolehan dan tingkahlaku yang diperolehi seseorang sebagai anggota masyarakat” (diakses daripada: ocw.mit.edu/courses/anthropology/21a-01-how-culture-works-fall-2012/readings). Selain itu terdapat lagi definisi klasik diberikan oleh Kroeber dan Kluckhohn (1952) dan juga Talcott Parsons dan Edward Shils (1951) yang memberikan gambaran budaya yang hampir sama. Kemudian sarjana yang agak kontemporari ialah Hofstede yang menggagaskan konsep “budaya nasional” (national cultures) dalam bukunya pada tahun 2001 di mana beliau mengutarakan 8 jenis hubungan sebagai sifat budaya nasional yang terdapat dalam masyarakat-masyarakat yang dikajinya. Dalam kesemua takrifan mengenai budaya tidak dapat diketepikan peri pentingnya elemen kepercayaan dan nilai yang menjadi asas budaya dan di mana kedua-dua elemen ini juga boleh berubah untuk membawa kepada set budaya yang baru. Bagi mempastikan sesuatu budaya itu terus kekal, nilai yang dipegang juga mestilah kekal bagi jangka masa panjang. Ini juga bermakna pemupukan nilai-nilai tertentu dalam budaya sesuatu masyarakat akan turut mempengaruhi budaya masyarakat tersebut dan seterusnya membawa kepada satu cara hidup yang diingini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kroeber dan Kluckhohn (1952), undang-undang
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions:Perdana School of Science, Technology and Innovation Policy
ID Code:62037
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:06 May 2017 12:42
Last Modified:27 Jul 2017 11:10

Repository Staff Only: item control page