Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan robotik sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

Ibrahim, Hafzan and Ali, Mohamad Bilal and Phang Abdullah, Fatin Aliah and Abu Samah, Norazrena (2015) Penggunaan robotik sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. In: International Education Postgraduate Seminar 2015, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
265kB

Abstract

Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak pendidikan di seluruh dunia. Ini dapat dilihat menerusi pengevolusian dalam kaedah pendidikan di China menekankan keperluan pendekatan pengajaran yang terbaru dalam menggantikan pembelajaran tradisional bagi menyediakan lebih ramai pelajar untuk berjaya dalam abad ke-21. Maka, penggunaan robotik dijadikan sebagai langkah inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran diperingkat dunia. Pembelajaran menerusi robotik dilihat sebagai salah satu cara untuk menarik minat bagi pelajar yang bergelut melalui pembelajaran secara konvensional di sekolah. Kajian ini juga tidak terhad kepada mana-mana pendekatan pembelajaran. Hal ini disebabkan sifat robotik itu sendiri yang boleh fleksibel dan amat inklusif bagi pelajar yang berbakat dan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Justeru, kertas kerja ini akan membentangkan meta analisis tentang (a) mengenalpasti jenis robotik yang digunakan di peringkat sekolah (b) mengenal pasti kajian berkenaan mengaplikasi robotik sebagai alat pendidikan dalam bidang STEM (c) membentangkan sintesis bukti empirikal pada keberkesanan pendidikan robotik menerusi kaedah kajian kuantitatif yang dipilih.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:robotik, STEM
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:61714
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Apr 2017 15:36
Last Modified:31 Jul 2017 14:21

Repository Staff Only: item control page