Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kompetensi guru-guru bukan opsyen di daerah Kulaijaya dalam perlaksanaan kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Saidy, Nur Syuhada and Abu Samah, Norazrena (2015) Kompetensi guru-guru bukan opsyen di daerah Kulaijaya dalam perlaksanaan kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). In: International Education Postgraduate Seminar 2015, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
641kB

Abstract

Kementerian Pendidikan telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memperkenalkan asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Pada 2014, mata pelajaran TMK telah diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap dua. Kajian kuantitatif ini untuk bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi dari segi pengetahuan dan kemahiran TMK guru-guru bukan opsyen di daerah Kulaijaya, Johor serta sikap dan kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran TMK di tahap dua sekolah rendah di daerah ini. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah soal selidik di mana borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Item soal selidik Bahagian A ialah soal selidik demografi yang dibina oleh penyelidik. Item Bahagian B pula adalah borang soal selidik asal daripada kajian yang dilakukan oleh Christensen (1997) iaitu Teachers’ Views of Technology and Teaching Scale (TVTT) manakala item bahagian C ialah borang yang telah diubah daripada Basic Technology Competencies for Educators Inventory (BTCEI). Seterusnya, pada Oktober hingga November 2015, data-data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package For Scienses Sosial (SPSS) bagi mengetahui frekuensi, min, sisihan piawai, peratusan setiap item, dan korelasi. Pemilihan 52 orang peserta kajian adalah berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) bagi memilih guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi di daerah Kulaijaya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kompetensi guru, KSSR
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Science
ID Code:61712
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Apr 2017 15:34
Last Modified:31 Jul 2017 14:25

Repository Staff Only: item control page