Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan berasaskan permainan bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam matematik

Muhamad, Nurfazliah and Harun, Jamalludin and Md. Salleh, Shaharuddin and Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri (2015) Pembangunan berasaskan permainan bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam matematik. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2015), 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
119kB

Abstract

Pembangunan elemen kreatif dan inovatif dalam melahirkan modal insan adalah aspek utama yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Penyelesaian masalah adalah pendekatan yang sering digunakan dalam pembelajaran matematik dan kreativiti merupakan tunjang utama kepada penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah kreatif biasanya dikaitkan dengan penyelesaian masalah bukan rutin. Namun begitu, pelajar menyatakan bahawa penyelesaian masalah bukan rutin adalah sesuatu yang rumit. Kajian lepas telah menunjukkan bahawa Game-Based Learning (GBL) adalah satu kaedah pengajaran yang efektif dalam meningkatkan motivasi pelajar bagi meningkatkan kreativiti dalam proses penyelesaian masalah. Artikel ini akan membincangkan bagaimana GBL dapat membantu dalam meningkatkan kreativiti pelajar dalam penyelesaian masalah matematik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:game-based learning, kreativiti
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:61616
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Apr 2017 14:52
Last Modified:09 Aug 2017 16:40

Repository Staff Only: item control page