Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemikiran politik Islam dlm amalan demokrasi moden: satu analisis di Malaysia

Rashid, Mohd. Hambali (2015) Pemikiran politik Islam dlm amalan demokrasi moden: satu analisis di Malaysia. In: First International Seminar on Islam, Culture and Heritage: Malaysia-Indonesia 2015 (ISICH15), 14-15 Sept, 2015, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ppu.uum.edu.my/index.php/others-news/26...

Abstract

Pemikiran politik Islam adalah penting untuk difahami terutama dalam konteks negara moden kini. Parti politik Islam di Malaysia adalah kelompok yang juga mengamalkan pemikiran politik Islam ini. Sejak merdeka terdapat dua pertubuhan atau parti politik yang paling dominan dan dapat berterusan menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, iaitulah UMNO dan PAS. Daripada kedua-dua parti politik ini, politik Islam di Malaysia berkembang dan kedua-duanya pada peringkat awal saling bersaing hingga kini. Kedua-dua parti ini telah menerima amalan demokrasi moden sebagai platform untuk mereka menyatakan agenda perjuangan politik masing-masing. Keadaan ini dianggap tradisi bagi kedua-dua parti bersaing sehingga munculnya parti politik baru iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga diwakili sekelompok masyarakat Islam. Hal ini memberikan rupa pelbagai dalam politik Islam di Malaysia dari sudut pendekatan, meskipun dominasi politik Islam masih di antara PAS dan UMNO. Artikel ini akan menjelaskan polilik Islam di Malaysia. Dua segmen utama dibincangkan yang melibatkan perjalanan politik Islam di Malaysia dan pemikiran politik Islam di Malaysia. Kertas ini turut menganalisis mengenai kerangka pemikiran politik Islam di Malaysia dalam acuan demokrasi moden.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pemikiran politik, Islam
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:61387
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:31 Mar 2017 15:03
Last Modified:31 Mar 2017 15:03

Repository Staff Only: item control page