Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Implemementasi nilai kedamaian dalam pendidikan Al Sulh persepsi terhadap isu kekeluargaan dalam Islam

Ihwani, Siti Suhaila and Ilias, Mohamad Fadhli and Makhsin, Mardzelah (2015) Implemementasi nilai kedamaian dalam pendidikan Al Sulh persepsi terhadap isu kekeluargaan dalam Islam. In: International Conference on Islamic Education and Social Entrepreneurship 2015, 12-14 Oct, 2015, Langkawi, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pimm.my/

Abstract

Nilai-nilai murni dalam pendidikan al-Sulh mengutamakan prinsip redha-meredhai kerana Allah SWT. Terdapat 10 nilai yang dijadikan pendidikan al-Sulh iaitu Salam, Syahadah, Seruan, Sumpah, Sufi, Syukur, Simak, Sabar, Syafaat dan Silaturahim. Nilai-nilai ini dibentuk berasaskan kepada kaedah al-Sulh yang dijalankan di Jabatan Kehakiman Syariah di Malaysia. Penerapan nilai al-Sulh telah membentuk teras kedamaian dalam menyelesaikan pertikaian dalam isu kekeluargaan lslam. Hasil pembentukan nilai-nilai murni dalam pendidikan al-Sulh adalah sebahagian daripada dapatan kajian terhadap isu perceraian yang diselesaikan menerusi kaedah al-Sulh. Dalam proses al-Sulh pihak-pihak bertikai diberi pendedahan tentang 10 nilai al-Sulh, dan kebanyakan kes yang diselesaikan berjaya terhasil apabila pihak bertikai menggunakan nilai-nilai al-Sulh dalam mempengaruhi keputusan pertikaian dalam isu perceraian seperti ke hadanah, mutaah, mas kahwin, iddah dan harta sepencarian. Hasil kajian juga menjelaskan bahawa pihak bertikai yang tidak meletakkan nilai-nilai pendidikan al-Sulh dan mendominasi ke arah negatif seperti perasaan membalas dendam dan sifat cemburu akan menyebabkan perundingan al-Sulh gagal dan mereka perlu melanjutkan pertikaian mereka ke peringkat mahkamah. Dalam konteks kajian ini, 10 nilai dalam pendidikan al-Sulh perlu dijadikan garis panduan asas dalam memahami konsep perdamaian dalam konteks pertikaian yang mengutamakan kebajikan khususnya mementingkan perkembangan anak-anak yang harmonis dengan persekitaran yang baik walaupun dalam bentuk keluarga yang bercerai. Dalam hal ini, pendidikan al-Sulh menitik beratkan agar keluarga yang bercerai memikirkan tanggungjawab dalam menunaikan hak sama ada sebagai suami atau isteri dan ayah atau ibu agar masing-masing mematuhi amanah dan tanggungjawab dalam syariat lslam.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kekeluargaan, nilai-nilai murni
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:61329
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:31 Mar 2017 14:40
Last Modified:31 Mar 2017 14:40

Repository Staff Only: item control page