Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik bagi pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi teknologi Apps

Mohd Yunos, Mohd Amerul Akmal and Atan, Noor Azean (2014) Strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik bagi pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi teknologi Apps. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
88kB

Abstract

Sehingga hari ini, salah fahaman konsep menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik. Hal ini turut berlaku pada peringkat prasekolah. Terdapat beberapa permasalahan yang dilihat menjadi kekangan dalam proses pembelajaran, antaranya adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman mengajar dalam sebahagian kalangan guru-guru prasekolah yang mendorong ke arah permasalahan terhadap penguasaan kemahiran proses sains asas pelajarpelajar prasekolah. Kecenderungan sebahagian guru untuk menggunakan kaedah imaginasi dan andaian dilihat kurang membantu dalam pembentukan fahaman dalam diri pelajar untuk memahami sesuatu konsep sains dan seterusnya sukar mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Disamping itu, suasana pembelajaran yang menggalakkan para pelajar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran serta saling bekerjasama dan berkongsi maklumat harus dididik dari peringkat prasekolah lagi. Selain itu, permasalahan dari segi penyediaan kemudahan ICT seperti pengaksesan kepada internet dan aplikasi teknologi multimedia yang kurang mampu disediakan oleh pihak sekolah turut menyukarkan para guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih menarik sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini. Justeru sebuah kajian perlu dilaksanakan bagi tujuan untuk merangka sebuah aktiviti pembelajaran yang mampu menyokong kepada peningkatan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka melalui sebuah persekitaran pembelajaran yang berdasarkan kepada situasi sebenar dan bermakna sekaligus memupuk pelajar agar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran mereka sehingga mampu menyokong kepada pembentukan kemahiran proses sains asas pelajar. Berlandaskan kepada keperluan ini, maka kajian mengintegrasikan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik, dengan pengimplementasian bersama teknologi berkomputer iaitu melalui Apps Autentik Kolaboratik Skrin Sentuh Sains (AKSES) yang memberi penekanan serta mempraktiskan kemahiran proses sains asas pelajar (memerhati, mengelaskan dan berkomunikasi), dalam menyokong kepada peningkatan tahap kefahaman dan pencapaian pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:collaborative learning strategies, authentic learning environment
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61242
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 01:15
Last Modified:23 Aug 2017 07:08

Repository Staff Only: item control page