Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Teknik pembelajaran tilawah al-Quran di era ICT

Naim, Noor Azaref and Harun, Jamalludin (2014) Teknik pembelajaran tilawah al-Quran di era ICT. In: 1st International Education Postgraduate Seminar (IEPS2014), 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
549kB

Abstract

Al-Qur’an merupakan kitab terulung yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.; dalam bahasa Arab; melalui perantaraan malaikat Jibril; sebagai petunjuk dan panduan kepada seluruh umat Islam. Ia sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Qur’an (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah – ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah asy-Syu?araa’, 26: 192-195) Menurut al-Qattan (1999), al-Qur’an menurut pendefinisian para ulama’ ialah kalam atau firman Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan membacanya merupakan suatu ibadah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:definition of the al-Quran, read and internalized
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61179
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:12
Last Modified:22 Mar 2017 00:12

Repository Staff Only: item control page