Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian kendiri pelajar terhadap kemahiran generik melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum badan beruniform

Musitar, Faezah Noor and Ibrahim, Halijah and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Zainuddin, Zainal Abidin (2014) Penilaian kendiri pelajar terhadap kemahiran generik melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum badan beruniform. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
194kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran generik melalui penilaian kendiri terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum badan beruniform. Dalam kajian ini, hanya lima konstruk kemahiran generik dijadikan sebagai fokus kajian iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran penyelesaian masalah. Seramai 150 orang pelajar dari sebuah sekolah terpilih yang menjalankan aktiviti kokurikulum melibatkan 10 jenis badan beruniform telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Soal selidik mengandungi 25 item berbentuk penilaian kendiri dengan nilai kebolehpercayaan bagi item ini adalah a= .90. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan Stastistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 20.0 dan hasilnya diterjemahkan dalam bentuk mod, median dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penilaian kendiri pelajar terhadap penguasaan kesemua konstruk kemahiran generik dapat dipertingkatkan melalui penyertaan aktiviti kokurikulum. Walaubagaimanapun, terdapat 2 kemahiran generik yang menunjukkan peningkatan yang ketara melalui dapatan nilai mod yang diperolehi. Peningkatan tersebut dilihat bagi item kemahiran kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Secara keseluruhannya, pelajar menilai diri mereka secara positif melalui perubahan tahap penilaian kendiri setelah menyertai aktiviti kokurikulum.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:curriculum, self-assessment
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61117
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:15 Mar 2017 00:21
Last Modified:15 Mar 2017 00:21

Repository Staff Only: item control page