Yusof, Muhammad Fathi (2014) Pengendalian pilihan raya dalam perlembagaan: perlu penilaian semula? In: Seminar Kebangsaan Pengendalian Pilihan Raya di Malaysia, 18 March, 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.
|
PDF
366kB |
Abstract
Perlembagaan menyediakan asas perundangan berkaitan dengan pengendalian pilihan raya di Malaysia. Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), serta peranannya untuk menguruskan pendaftaran pemilih, persempadanan dan perjalanan pilihan raya termaktub jelas dalam perlembagaan negara. Peraturan berkaitan dengan pelantikan SPR menunjukkan bahawa perlunya SPR menjadi badan yang adil, bebas dan profesional. Pihak-pihak yang melantik SPR perlu memastikan pelantikan dibuat secara telus dan tepat. Selain itu, perlembagaan juga menyediakan peraturan berhubung dengan peranan SPR dalam menyediakan daftar pemilih. Walau bagaimana pun kuasa ini perlu diperkukuh dengan memberikan peranan yang lebih jelas kepada SPR untuk melaksanakan kewajipan mendaftarkan pengundi. Dari sudut persempadanan pula, didapati pindaan perlembagaan yang berlaku telah melemahkan pengaruh SPR dalam proses agihan kerusi pilihan raya dan proses persempadanan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), voters |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Razak School of Engineering and Advanced Technology |
ID Code: | 61086 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 14 Mar 2017 00:25 |
Last Modified: | 14 Mar 2017 00:25 |
Repository Staff Only: item control page