Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan MyGSP: sumber atas talian bahan pengajaran matematik berbantukan perisian geometer's sketchpad (GSP)

Abdullah, Abdul Halim and Surif, Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Ali, Marlina (2014) Pembangunan MyGSP: sumber atas talian bahan pengajaran matematik berbantukan perisian geometer's sketchpad (GSP). In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
876kB

Abstract

MyGSP dibangunkan berikutan timbulnya kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam pengajaran matematik di dalam bilik darjah. Berpandukan Model Reka Bentuk Air Terjun, pembangunan MyGSP dimulakan dengan menganalisis keperluan pengguna melalui tinjauan literatur serta tinjauan ringkas. Daripada analisis tersebut, tiga kekangan utama dikenalpasti iaitu kekurangan masa untuk merancang pengajaran berbantukan GSP, kurangnya kursus berkaitan pengintegrasian GSP dalam pengajaran dan kurangnya sumber rujukan pengajaran matematik berbantukan perisian GSP. Justeru dengan mengambilkira peralatan komputer yang sedia ada di sekolah, pengkaji telah membangunkan MyGSP untuk mengatasi kekangan-kekangan tersebut. Dalam fasa reka bentuk, pengkaji telah membangunkan bahan-bahan pengajaran berbantukan perisian GSP untuk topik-topik matematik sekolah menengah daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Strategi-strategi pengajaran yang dapat menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar diaplikasikan ke dalam bahan pengajaran. Selain itu, video tutorial penggunaan GSP dalam bahan pengajaran turut dibangunkan. Dalam fasa pelaksanaan dan pengujian unit, seramai 30 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Matematik telah terlibat dalam memberi pandangan mereka terhadap bahan-bahan yang telah dibangunkan. Dalam fasa integrasi, modul-modul yang terlibat iaitu Modul Bahan Pengajaran, Modul Muat Turun, Modul Forum dan Modul Video Tutorial telah digabungkan ke dalam suatu sistem yang dikenali sebagai MyGSP. Sistem MyGSP ini juga akan dikemaskini dan ditambahbaik dari semasa ke semasa dalam fasa penyelenggaraan. MyGSP ini diharapkan dapat memenuhi keperluan guru untuk mengintegrasikan perisian GSP ke dalam pengajaran mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:geometer’s sketchpad (GSP), Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61043
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:14 Mar 2017 00:12
Last Modified:14 Mar 2017 00:12

Repository Staff Only: item control page