Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal mara

Abdullah, Mohd. Hazim Asran and Mohd. Tahir, Lokman (2014) Amalan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal mara. In: International Seminar on Technical and Vocational Education 2014, 25-26 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
468kB

Abstract

Setiap organisasi memerlukan pelbagai strategi pengurusan untuk terus berfungsi dan beroperasi dengan sempurna. Salah satu pengurusan yang perlu diberi perhatian adalah perkongsian ilmu dalam organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal MARA. Kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti kepimpinan pengarah dan perlaksanaan perkongsian ilmu di institusi kemahiran pendidikan MARA. Selain itu, kajian juga turut bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan perkongsian ilmu serta langkah-langkah penambahbaikan terhadap perlaksanaan perkongsian ilmu. Data kuantitatif diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 212 responden pengajar. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pelaksanaan dan penerapan perkongsian ilmu di institusi kemahiran didapati amat positif dan pada tahap yang tinggi. Di samping itu, faktor sistem pengurusan dan faktor kepimpinan dikenalpasti sebagai dua faktor menyumbang kepada perlaksanaan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal MARA. Bagaimanapun, penglibatan secara menyeluruh, pertambahan kursus dalaman dan aktiviti tidak formal serta penggunaan kemudahan teknologi secara optimum dikenalpasti sebagai langkah penambahbaikan ke arah perlaksanaan pe rkongsian ilmu yang lebih berkesan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:knowledge sharing, MARA technical education
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61019
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:12 Mar 2017 08:13
Last Modified:12 Mar 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page