Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenai kandungan alkohol dalam produk minuman yang terdapat dalam pasaran

Mohd. Hanafiah, Nur Syazwani and Ruskam, Aminuddin (2014) Kajian mengenai kandungan alkohol dalam produk minuman yang terdapat dalam pasaran. In: International Seminar on Islamic Law, Economic, Education, and Science Issues, 26 Nov, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
434kB

Abstract

Isu utama kajian ini adalah mengenai kandungan alkohol di dalam minuman, di mana alkohol tersebut merujuk kepada etanol. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), minuman ringan yang diproses bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mengandungi alkohol kurang daripada 1% adalah harus diminum. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti minuman yang mempunyai alkohol di dalamnya dan untuk menentukan peratusan alkohol yang terdapat di dalam sampel minuman sama ada ia melebihi had peratusan yang telah ditetapkan oleh JAKIM atau sebaliknya. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan masyarakat Islam tentang alkohol di dalam minuman dan mengenalpasti kesan sampingan alkohol dalam kehidupan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian makmal di mana Spektroskopi Ultra Lembayung (UL) digunakan dan kajian deskriptif daripada jawapan borang soal selidik seramai 108 responden daripada populasi 154 orang pelajar pascasiswazah Fakulti Sains, UTM. Daripada UL, sampel minuman yang mempunyai alkohol dapat dikenalpasti dengan membuat perbandingan spektrum antara etanol dan sampel minuman. Berdasarkan spektrum siri piawaian etanol, panjang gelombang maksimum ialah pada 260nm. Daripada 12 sampel minuman yang dikaji, terdapat tiga sampel minuman yang mempunyai panjang gelombang maksimum yang hampir sama dengan siri piawaian etanol. Ini menunjukkan hanya tiga sampel minuman yang dikaji mengandungi alkohol. Peratusan alkohol juga dapat ditentukan dengan membina keluk kalibrasi di mana ia dibina berdasarkan data siri piawaian etanol yang dianalisis menggunakan UL. Dengan merujuk keluk kalibrasi, satu persamaan yang terhasil digunakan untuk mengira peratusan etanol di dalam minuman. Hasil kajian deskriptif pula menunjukkan bahawa, pengetahuan responden terhadap penggunaan alkohol di dalam minuman adalah baik dan hampir kesemua responden mengetahui kesan sampingan sekiranya mengambil minuman beralkohol.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:alcohol, side effects alcohol
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:60917
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:09 Mar 2017 08:29
Last Modified:07 Sep 2017 14:07

Repository Staff Only: item control page