Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi awal menghafaz Al-Quran menurut Abu Dzar Al-Qalamuni

Abdullah, Murihah and Abdullah, Abdul Hafiz and Rosman, Arieff Salleh and Ilias, Mohd. Faeez (2015) Strategi awal menghafaz Al-Quran menurut Abu Dzar Al-Qalamuni. In: Seminar The 5th Annual International Quranic Conference 2015 (MUQADDAS V), 5-6 May, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/299155109...

Abstract

Kewujudan pengajian tahfiz di Malaysia pada masa kini semakin berkembang pesat. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Sekolah tahfiz berperanan melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai al-Quran dari segi bacaan, pemahaman, dan hafazan. Dalam pengajian tahfiz, pelajar memerlukan strategi untuk menghafaz al-Quran. Tanpa strategi, pelajar sukar untuk mengingat ayat-ayat al-Quran. Kesukaran ini akan memberi kesan kepada kualiti dari aspek kelancaran dan pengekalan hafazan. Ciri-ciri strategi menghafaz al-Quran yang berkesan adalah bermula dengan persediaan yang mantap dan teratur. Justeru artikel ini bertujuan mengenalpasti persediaan pelajar sebelum menghafaz al-Quran menurut al-Qalamuni dalam karyanya ‘Aunir Rahman fi Hifzil Quran. Hasil penelitian mendapati bahawa alQalamuni membahagikan persediaan sebelum menghafaz al-Quran kepada dua bahagian, iaitu persediaan luaran dan dalaman. Dapatan kajian ini akan menjadi panduan buat guru dan pelajar dalam merangka strategi awal menghafaz al-Quran dengan lebih baik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:strategi menghafaz, al-qalamuni
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:60812
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:01 Mar 2017 15:02
Last Modified:20 Aug 2017 11:50

Repository Staff Only: item control page