Abd Rahman @ Hassan, Rahmah and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy (2008) Perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan atlet larian 400 meter. In: Konvensyen Danga Bay 2008, 18-20 Febuary 2008, Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru Johor.
Full text not available from this repository.
Abstract
Kajian-kajian lepas menunjukkan dehidrasi merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan prestasi seseorang atlet. Ia dikatakan dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung atlet dan secara langsung memberi kesan kepada fungsi jantung untuk bekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan atlet bagi acara larian 400 meter. Pengujian yang dilakukan mengambil kira tahap dehidrasi dan kadar denyutan jantung bagi melihat perkaitan di antara kedua-duanya. Seramai 2 orang atlet wanita dari Majllis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2008 bagi acara larian 400 meter telah dipilih sebagai subjek. Data yang diperoleh dikumpul untuk dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi 11.5. Melalui kajian yang dilakukan, dijangkakan akan terdapat perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan subjek. Hal ini disebabkan pengurangan cecair di dalam badan akan menyebabkan kepekatan darah bertambah tinggi dan seterusnya meningkatkan kerja pengepaman darah ke seluruh badan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian, 400 meter |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6066 |
Deposited By: | Asha Hasnimy Mohd Hashim |
Deposited On: | 06 Dec 2011 02:37 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 00:54 |
Repository Staff Only: item control page