Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Hamzan, Muna (2016) Penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Islamic Civilization.

[img]
Preview
PDF
716kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Penggunaan teknologi ICT telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran Bahasa Arab dari aspek tahap penggunaan, kekerapan, serta kesan penggunaan ICT. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap penggunaan ICT berdasarkan latarbelakang responden dan mengenalpasti hubungan kekerapan penggunaan ICT dalam pembelajaran Bahasa Arab berdasarkan minat, interaksi, dan pencapaian responden dalam pembelajaran Bahasa Arab. Seramai 144 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 daripada dua buah SMKA di Pahang telah dipilih secara rawak. Satu instrumen soal selidik yang diubahsuai daripada kajian yang lepas mengandungi 74 item soalan telah digunakan bagi mengutip data berkaitan. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach yang diperolehi bagi instrumen ini ialah tahap cemerlang, iaitu 0.933. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, Ujian t, Anova sehala, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap yang tinggi dalam aspek penggunaan teknologi ICT. Latarbelakang responden pula menunjukkan bahawa faktor jantina, dan jenis sekolah mempengaruhi tahap penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran. Kajian juga mendapati hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan teknologi ICT terhadap minat, interaksi, dan pencapaian responden dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Falsafah) - Universiti Teknologi Malaysia, 2016; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Ajmain Safar
Uncontrolled Keywords:teknologi ICT, pembelajaran Bahasa Arab
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:60566
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Jan 2017 16:03
Last Modified:08 Oct 2017 15:54

Repository Staff Only: item control page