Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan modul multimedia interaktif menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan senario bagi tajuk pembangunan perisian berasaskan CD-ROM

Mohd. Zaid, Norasykin and Mohamad, Faridah (2015) Pembangunan modul multimedia interaktif menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan senario bagi tajuk pembangunan perisian berasaskan CD-ROM. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Malaysia (4). pp. 47-57. ISSN 1985-6652

Full text not available from this repository.

Abstract

Penggunaan teknologi multimedia pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan. Sehubungan itu, pembangunan modul multimedia interaktif bagi kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM dihasilkan dengan kombinasi beberapa eleman multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio dan animasi. Selain itu, pembangunan modul pembelajaran ini dapat membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model rekabentuk pengajaran ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam merekabentuk modul pembelajaran ini. Modul ini mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario (Scenario Based Learning) dan menggunakan teori konstriktivisme bagi menjana pemahaman serta pemikiran pelajar dalam tajuk tersebut. Modul ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authoware 7.0 sebagai platform pembangunan, di samping penggunaan perisian Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS dan Sound Forge 7.0, sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan modul pembelajaran yang lebih menarik. Dengan terhasilnya modul multimedia interaktif ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dan secara tidak langsung menambahkan koleksi bahan rujukan yang diterbitkan oleh Fakulti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teknologi multimedia, CD-ROM
Subjects:T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
Divisions:Computing
ID Code:60361
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:24 Jan 2017 02:54
Last Modified:24 Oct 2021 07:31

Repository Staff Only: item control page