Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan biasan atmosfera hampir ufuk untuk pengiraan waktu solat dan cerapan hilal

Che Awang, Mohamad Saupi (2015) Kesan biasan atmosfera hampir ufuk untuk pengiraan waktu solat dan cerapan hilal. Jurnal Falak, 1 . pp. 121-132. ISSN 2462-1765

Full text not available from this repository.

Official URL: https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&so...

Abstract

Kesan biasan atmosfera hampir ufuk akan mempengaruhi secara langsung dalam penentuan waktu solat Maghrib, waktu syuruk dan cerapan hilal. Pengabaian atau menerima pakai magnitud kesan biasan atmosfera yang tidak tepat akan menghasilkan ralat sistematik dalam pengiraan waktu solat Maghrib, waktu syuruk dan cerapan hilal. Sejajar dengan keperluan memperolehi nilai yang tepat mewakili suasana sebenar, satu kajian awal lapangan untuk mengesan magnitud biasan atmosfera sejurus matahari terbit dan terbenam telah dilaksanakan di sepuluh (10) stesen cerapan termasuk di beberapa baitul hilal di Semenanjung Malaysia. Keputusan kajian mendapati, nilai purata magnitud biasan yang diperolehi dengan kaedah penjejakan matahari adalah 48’ iaitu 14’ lebih besar dari nilai piawai 34’ yang diterima pakai untuk pengiraan falak sehingga kini. Manakala berdasarkan model altitud rendah dan altitud tinggi, purata magnitud biasan adalah 28’ dan 2° 33’ masing-masing. Nilai-nilai ini adalah kurang 6’ dan melebihi hampir 2° daripada nilai piawai masing-masing.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sudut biasan atmosfera, waktu solat Maghrib
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G70.212-70.215 Geographic information system
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:60299
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:24 Jan 2017 02:54
Last Modified:14 Dec 2021 05:27

Repository Staff Only: item control page