Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis

Abdullah, Fatin Aliah Phang and Abu, Mohd. Salleh and Ali, Mohamad Bilal (2014) Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2 (4). pp. 63-71. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
436kB

Abstract

Pada tahun 196, kerajaan Malaysia mensasarkan kadar peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains berbanding sastera pada nisbah 60:40. Sehingga tahun 2012, peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains tidak pernah mencapai 60%malahan berlaku trend penyusutan yang membimbangkan. Sehingga kini, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada senario ini. Sehubungan itu, satu kajian analisis sorotan tesis telah dijalankan ke atas 344 tesis peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran yang telah dilakukan di sembilan buah IPTA bagi tempoh 2001-2010. Tujuan utama kajian ini adalah untuk merumuskan faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada kekurangan penyertaan pelajar dalam aliran sains di negara ini dan seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki ketidakseimbangan ini. Kajian mendapati bahawa ramai pelajar lepasan menengah rendah mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bidang sains dan matematik. Bagaimanapun, kerisauan mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam matapelajaran sains dan matematik dikenalpasti sebagai faktor utama menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak memilih aliran sains di peringkat tingkatan empat dan ke atas. Selain itu, faktor pengajaran guru, sistem penilaian, faktor demografi dan pengurusan sekolah juga menyumbang kepada sebab mengapa pelajar kurang menyertai aliran sains. Sebanyak empat cadangan teras telah diutarakan untuk menangani masalah ini.

Item Type:Article
Subjects:A General Works
ID Code:59753
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:23 Jan 2017 08:24
Last Modified:30 May 2017 09:11

Repository Staff Only: item control page