Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keupayaan visualisasi pelajar melalui perisian animasi grafik

Madar, Ahmad Rizal and Buntat, Yahya (2007) Keupayaan visualisasi pelajar melalui perisian animasi grafik. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 1 . pp. 69-79. ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
40kB

Abstract

Gaya pembelajaran visual pelajar teknikal menerusi pembangunan koswer berorientasikan animasi grafik bertujuan membawa satu kelainan dalam pendekatan terhadap pembelajaran. Pendekatan pengajaran berasaskan animasi grafik mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan serta boleh menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah. Di mana perkara-perkara yang tidak nampak dengan mata kasar dapat diterangkan dengan mudah. Ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, penggunaan perisian pendidikan yang beranimasi grafik sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan agar ianya dapat membantu pensyarah di dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran kejuruteraan khususnya dan dapat meningkatkan lagi kebolehan visualisasi spatial dalam diri pelajar terbabit. Keupayaan visualisasi spatial adalah berkait-rapat dengan kebolehan minda seseorang individu melihat sesuatu objek dan berfikir dalam dua atau tiga dimensi serta membayangkan perubahan konfigurasi objek apabila ia dimanipulasikan atau digerakkan berdasarkan minda Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan keupayaan visualisasi spatial pelajar melalui koswer animasi grafik.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5968
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:23 Jul 2008 02:10
Last Modified:22 Oct 2017 01:01

Repository Staff Only: item control page