Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Akidah dan akhlak dalam Pendidikan Islam

Ismail, Ahmad Munawwar and Jasmi, Kamarul Azmi (2016) Akidah dan akhlak dalam Pendidikan Islam. Penerbit UTM Press, Skudai Johor. ISBN 978-983-52-1215-4

[img]
Preview
PDF (Abstract)
196kB

Abstract

Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam merupakan sebuah buku yang berkisar kepada peranan akidah terhadap penghayatan akhlak para pelajar. Akidah daripada perspektif Islam diibaratkan seperti tunjang bagi sepohon pokok. Kuat tunjangnya, maka menjadi kuat sepohon pokok. Begitu juga dengan seorang Muslim, apabila akidahnya mantap, maka kuat juga kekuatan diri sebagai seorang Muslim sehingga mampu menjadi seorang Mukmin yang bertakwa, beralamal soleh, dan berakhlak mulia. Kekuatan akidah juga menjadikan umat Islam kental dan dinamik dalam dalam membawa obor kegemilangan yang bersepadu sehingga menjadi suri teladan kepada seluruh umat manusia. Sebaliknya, kelemahan akidah ini menghilangkan seri keindahan Islam yang terjelma dalam diri umat dalam pelbagai bentuk seperti pengabdian ibadah, akhlak, adab, dan sopan. Oleh itu, penghasilan buku ini adalah relevan dengan keperluan umat Islam bagi menyoroti peranan Pendidikan Islam dengan teras akidah dalam membangunkan penghayatan akhlak para pelajar dan umat Islam. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama umat Islam khususnya kepada Bahagian Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Institusi Pengajian Tinggi awan dan Swasta, para guru Pendidikan Islam serta para pelajar peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah yang ingin memahami peranan akidah dalam pembentukan keperibadian akhlak umat Islam.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Islamic education
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:55382
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:24 Aug 2016 12:24
Last Modified:09 Aug 2017 16:13

Repository Staff Only: item control page