Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep berilmu di kalangan guru Pendidikan Islam satu keperluan dalam membangunkan modal insan

Jaafar @ Mustapha, Mohd. Musnizam and Tamuri, Ab. Halim and Ya, Rohizan (2012) Konsep berilmu di kalangan guru Pendidikan Islam satu keperluan dalam membangunkan modal insan. In: International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012], 8-9 March 2012, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
333kB

Abstract

Guru Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat sejak dari dahulu lagi. Mereka dianggap sebagai role model yang dapat memberi kesan kepada pembentukan akhlak individu dan masyarakat. Tugas memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu tugas yang mudah dan seharusnya seorang guru Pendidikan Islam itu sentiasa belajar, mengkaji dan membuat refleksi diri supaya guru itu dapat mencapai pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan. Sejarah kegemilangan umat Islam terdahulu telah membuktikan bahawa umat Islam pada ketika itu mempunyai ramai ahli intelek dan menguasai pelbagai disiplin ilmu. Penekanan Islam kepada pendidikan bersepadu berjaya mencetuskan kecemerlangan peradaban dan membangunkan modal insan yang seimbang berilmu dan berakhlak. Sehubungan itu, bagi membangunkan modal insan yang dihasratkan adalah dicadangkan kurikulum latihan perguruan sedia ada dan pengamalan guru dalam bilik darjah dimantapkan dengan penghayatan ilmu, inovasi dan kreativiti. Guru Pendidikan Islam yang berkesan dikatakan memiliki sifat-sifat yang terpuji, berkemahiran, berilmu, personaliti yang boleh menyampaikan pengajaran yang berkesan dan mampu menjadikan Pendidikan Islam satu mata pelajaran yang diminati dan dihayati oleh pelajar. Justeru itu, artikel ini bertujuan membincangkan konsep berilmu di kalangan guru Pendidikan Islam dalam konteks negara Malaysia. Perbincangan mencakupi tentang konsep berilmu, penguasaan ilmu, cabaran yang dihadapi dan beberapa aspek lain sebagai cadangan dan saranan dalam meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan Pendidikan Islam di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Islamic education
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:53933
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Mar 2016 14:45
Last Modified:30 Mar 2016 14:45

Repository Staff Only: item control page