Hamid, Mohd. Fauzi and Low, Ee Chai (1995) Kesan penggunaan sekam padi dan sabut kelapa sawit ke atas masa penebalan dan kekuatan mampatan simen. Buletin FKKKSA, 9 (1). pp. 17-23. ISSN 0128-0740
|
PDF
1MB |
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan kesan penggunaan sekam padi dan sabut kelapa sawit sebagai bahan tambah kehilangan bendalir ke atas masa penebalan dan kekuatan mampatan simen. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kedua-dua bahan ini mempunyai sifat kawalan kehilangan bendalir simen yang baik. Serbuk sekam padi dan sabut kelapa sawit dicampurkan dengan Simen Portland API Kelas G dan diuji masa penebatan dan kekuatan mampatannya pada suhu dan tekanan yang tertentu. Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan bahan tambah kehilangan bendalir komersil, D603, yang digunakan secara meluas d lapangan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa sekam padi, sabut kelapa sawit dan bahan tambah D603 mempunyai kesan yang sama ke atas masa penebalan iaitu masing-masing meningkatkan masa penebalan simen. Untuk kekuatan mampatan pula, sekam padi dan sabut kelapa sawit menunjukkan kesan yang berbeza dibandingkan dengan D603. D603 meningkatkan kekuatan mampatan sementara sekam padi dan sabut kelapa sawit merendahkan kekuatan mampatan simen.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kekuatan mampatan simen, masa penebalan simen, sabut kelapa sawit, sekam padi, telaga minyak |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Chemical and Natural Resources Engineering |
ID Code: | 5200 |
Deposited By: | Norhani Jusoh |
Deposited On: | 29 Feb 2008 00:52 |
Last Modified: | 01 Jun 2010 15:27 |
Repository Staff Only: item control page