Ismail, Issham (1995) Penggunaan injap keselamatan subpermukaan berpengawalan permukaan di dalam telaga di luar pesisir Terengganu untuk era 1980-an dan 1990-an. Buletin FKKKSA, 9 (1). pp. 7-16. ISSN 0128-0740
|
PDF
1MB |
Abstract
Injap keselamatan subpermukaan berpengawalan permukaan perlu dipasang pada talian tetiub supaya pengeluaran telaga boleh dihentikan secara serta merta jika sebarang malapetaka seperti letusan keluar berlaku. Peralatan ini lazimnya dipasang pada kedalaman sekitar 500 kaki di bawah kepala telaga. Injap keselamatan subpermukaan berpengawalan permukaan yang terdapat di pasaran pada masa kini terdiri daripada berbagai-bagai jenis model yang dibuat pembekal injap keselamatan subpermukaan yang berlainan seperti OTIS, CAMCO dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, operator lapangan minyak perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti keboleharapan tutupan injap, hayat injap, kepakaran sedia ada dan sebagainya supaya injap keselamatan subpermukaan yang dipilih berupaya menghasilkan prestasi yang diharapkan jika berlaku sebarang malapetaka pada sistem pengeluaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Injap keselamatan subpermukaan berpengawalan permukaan, operator lapangan minyak, sistem pengeluaran, telaga minyak |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Chemical and Natural Resources Engineering |
ID Code: | 5199 |
Deposited By: | Norhani Jusoh |
Deposited On: | 29 Feb 2008 00:45 |
Last Modified: | 01 Jun 2010 15:27 |
Repository Staff Only: item control page