Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah

Hamdan, Hamidah (2013) Pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
635kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengaruh televisyen (pelakon, keganasan, senjata, situasi, ditiru, kesan) terhadap murid-murid sekolah, mengenal pasti tahap tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid-murid sekolah, mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid-murid dengan jantina, mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid-murid dengan bangsa, mengenal pasti hubungan yang signifikan antara pengaruh televisyen (pelakon, keganasan, senjata, situasi, ditiru, kesan) dengan tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid- murid sekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Penyelidik menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi untuk mendapatkan maklum balas mengenai kesan pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah. Responden kajian terdiri daripada 161 orang lelaki dan 147 murid sekolah rendah di sekitar Daerah Kulaijaya. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dirangka oleh penyelidik lepas. Analisis data menunjukkan bahawa faktor pengaruh televisyen dari aspek Situasi adalah paling dominan (M=3.08). Manakala tahap tingkah laku keganasan yang paling dominan pula adalah tahap tingkah laku keganasan dari aspek Buli (M= 1.95). Murid-murid merupakan modal insan yang paling berharga untuk negara kita. Semoga hasil kajian yang dijalankan menjadi panduan kepada pihak yang terlibat untuk bersama-sama mengambil langkah mengatasi masalah ini

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:48259
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:15 Oct 2015 09:09
Last Modified:21 Sep 2017 12:00

Repository Staff Only: item control page