Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh gaya kepimpinan pengetua dalam budaya kerja guru di SMKA Maahad, Muar, Johor

Shuhaibun, Anizah (2013) Pengaruh gaya kepimpinan pengetua dalam budaya kerja guru di SMKA Maahad, Muar, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
640kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai Pengaruh gaya Pengetua terhadap Budaya Kerja Guru SMKA Maahad, Muar Johor. Pengaruh Gaya Pengetua yang dimaksudkan di sini ialah berdasarkan kepada amalan yang digunakan oleh Pengetua dalam membentuk budaya kerja guru dalam mencapai Visi dan Misi sekolah, strategi yang dilaksanakan untuk pencapaian matlamat dan meningkatkan motivasi di kalangan guru dan warga sekolah, pengurusan perubahan dan cara mengatasi cabaran dan halangan. Kajian ini dijalankan di SMKA Maahad, Muar Johor dengan memilih lima orang sampel bagi data kualitatif. Transkrif temubual dan analisis data berdasarkan dapatan temubual digunakan sebagai metod kajian ini. Data kualitatif mendapati Pengetua sekolah ini mempunyai amalan-amalan tertentu dalam menguruskan perubahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,Maahad Muar Johor untuk mencapai Visi dan Misi yang telah ditetapkan sehingga mencapai keputusan akademik yang sangat cemerlang terutamanya dalam peperiksaan PMR dan SPM dan telah dianugerahkah sebagai sekolah kluster pada 2012. Adalah diharapkan kajian ini akan memberi manfaat kepada para pengetua atau bakal pemimpin dalam usaha mereka meningkatkan lagi kecemerlangan dalam mengurus dan mentadbir sekolah yang berdaya saing dan mantap dalam melahirkan tenaga manusia yang berkualiti seiring arus pembangunan bertaraf dunia

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:48258
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:15 Oct 2015 09:09
Last Modified:21 Sep 2017 11:58

Repository Staff Only: item control page