Abdul Aziz, Azmahani and Mohamad Yatim, Jamaludin and Mesir, Baharin (2006) Kajian peningkatan prestasi akademik pelajar melalui program kecemerlangan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)
|
PDF (Full text)
36kB |
Official URL: https://seminar.utmspace.edu.my/nasdec2008/Contact...
Abstract
Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam semua peringkat, dari alam persekolahan hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Pelajar cemerlang dalam akademik di peringkat Universiti dikategorikan sebagai mereka yang mencapai prestasi CPA melebihi 3.5. Sokongan dan pemantauan berterusan merupakan salah satu faktor yang telah dikenalpasti sebagai pendorong dan penyumbang kepada peningkatan kecemerlangan seseorang pelajar itu. Kertas kerja ini membincangkan hubungan latar belakang pendidikan dan prestasi akademik pelajar cemerlang yang terpilih mengikuti Program Pembangunan Pelajar Cemerlang di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. Prestasi akademik pelajar dipantau dan dianalisis berdasarkan kelok prestasi yang akan mengambarkan corak pencapaian di sepanjang pengajian mereka. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kejayaan seseorang pelajar itu bukan hanya terletak atas usaha mereka sahaja malahan juga memerlukan sokongan luaran.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kecemerlangan akademik; prestasi akademik; pelajar cemerlang; kelok prestasi; nilai mata purata kumulatif (cpa) |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 460 |
Deposited By: | Khairulbahiyah Yaakub |
Deposited On: | 16 Feb 2007 03:17 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 07:29 |
Repository Staff Only: item control page