Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan dan sumbangan Haji Ismail dalam memperkukuhkan pendidikan agama Negeri Johor Darul Ta'zim 1929-1937 dan 1949-1960

Mohamad, Abdul Kadir and Yusoff, Kamaruzaman and Saat, Ishak (2015) Peranan dan sumbangan Haji Ismail dalam memperkukuhkan pendidikan agama Negeri Johor Darul Ta'zim 1929-1937 dan 1949-1960. In: Seminar Koleksi Johor 2015, 16 February, 2015, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Haji Ismail ialah seorang tokoh yang tersohor di dunia Melayu pada abad ke-20M dalam bidang pendidikan dengan memperlihatkan pelbagai usaha dan pembaharuan yang dilakukan bagi mengukuhkan dan memajukan pendidikan Islam di Johor Darul Ta’zim khususnya pendidikan aliran Arab. Antaranya dengan menerapkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ketika menjadi guru di Madrasah dan Kuliah Al-Attas. Di samping itu, beliau telah meningkatkan mutu pendidikan agama aliran Arab dengan memperkenalkan sukatan pelajaran yang holistik yang menggabungkan pelajaran agama, Arab dan akademik di SAR, Kolej Islam Malaya dan Maahad Johor. Dari segi kemajuan fizikal pendidikan Islam pula, Haji Ismail bersama-sama ulama lepasan Timur Tengah yang lain telah menjadi perintis kepada kemajuan pendidikan agama dan Arab di peringkat pengajian tinggi. Ini dilihat menerusi gagasan idea dan usaha mereka yang membawa kepada penubuhan Kolej Islam Malaya dan Maahad Johor. Selain itu, beliau juga menggunakan medium penulisan bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan serta turut menyumbang idea bagi meningkatkan mutu pendidikan Islam di negara ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Islamic civilisation
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:45439
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:07 May 2015 10:17
Last Modified:10 Aug 2017 08:38

Repository Staff Only: item control page