Hassan, Zulkafli and Abdul Kadir, Abdul Aziz (1991) Kajian masalah pemendapan parafin: Bahagian 1 - tinjauan terhadap masalah dan mekanisme pemendakan parafin. Buletin FKKKSA, 5 (1). pp. 25-34. ISSN 0128-0740
|
PDF
2MB |
Abstract
Pemendapan parafin dalam talian pengeluaran merupakan satu masalah yang besar yang dihadapi semasa operasi pengeluaran petroleum khususnya pada lapangan yang menghasilkan minyak mentah berlilin. Pembentukan atau pemendakan parafin pada dinding talian pengeluaran telaga menganggu proses pengeluaran minyak dari telaga. Ini adalah kerana mendakan atau deposit yang terbentuk akan mengurangkan garis pusat berkesan (effective diameter) pada sesalur atau konduit aliran lalu menyebabkan halangan atau sekatan terhadap aliran minyak untuk bergerak dengan bebas ke permukaan. Akibatnya, telaga tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan pengurangan terhadap pengeluaran minyak dari telaga akan berlaku. Oleh itu, kaedah uuntuk membuang mendakan daripada dinding talian pengeluaran ataupun peramalan untuk menentukan tempat atau keadaan pemendakan akan terbentuk perlu dikenal pasti. Laporan ini merupakan siri pertama daripada beberapa siri kertas kerja yang akan diterbitkan berdasarkan kajian yang telah dan sedang dijalankan mengenai masalah pemendakan parafin pada talian pengeluaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Masalah operasi pengeluaran petroleum, minyak mentah berlilin, pemendakan parafin, pengurangan garis pusat berkesan, peramalan pemendakan parafin |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Chemical and Natural Resources Engineering |
ID Code: | 4530 |
Deposited By: | Norhani Jusoh |
Deposited On: | 26 Nov 2007 08:24 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 00:27 |
Repository Staff Only: item control page