Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Suatu tinjauan mengenai penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah di Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM, Skudai, Johor

Abd. Majid, Shahri (1992) Suatu tinjauan mengenai penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah di Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM, Skudai, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Science.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini merupakan suatu kajian untuk meninjau penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah di Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM Skudai, Johor. Untuk tujuan di atas, satu survey menggunakan soalselidik telah dibuat ke atas sejumlah 256 pelajar tahun satu hingga tahun lima yang sedang mengikuti kursus sarjana muda di Jabatan Pengurusan, UTM kampus Skudai. "An interactive Analysis Program for Micarocomputer "(STATISTIX II) digunakan untuk menganalisis data, mendapatkan min, frekuensi dan peratusan jumlah. Seterusnya "One-way analysis of variance" digunakan untuk melihat perbezaan penilaian pelajar terhadap pengajaran berdasarkan pembolehubah ras, tahun pengajian, aliran sekolah dan pencapaian SPM. "Two Sample t test " untuk melihat perbezaan penilaian pelajar mengikut pembolehubah jantina. "Pearson product-moment correlation coefficient" (Pearsonr) pula digunakan untuk melihat perkaitan antara (a) penilaian pelajar terhadap hubungan pensyarah-pelajar dengan isi dan objektif pelajaran. b) penilaian pelajar terhadap isi dan objektif pelajaran dengan kaedah pengajaran dan (c) penilaian pelajar terhadap kaedah pengajaran dengan hubungan pensyarah-pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar pada keseluruhannya telah menilai secara positif terhadap ketiga-tiga komponen, iaitu kaedah pengajaran dengan kor min 42.77, hubungan pensyarah-pelajar 32.19, isi dan objektif pelajaran 17.07. Penentuan 'positif' adalah menurut skala yang telah ditetapkan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penilaian pelajar mengikut ras, jantina, dan tahun pengajian. Tidak terdapat perbezaan terhadap penilaian pelajar mengikut aliran sekolah dan penvcapaian SPM. Seterusnya pada akhir kajian ini menunjukkan terdapat kaitan positif yang sangat kuat antara penilaian pelajar terhadap kaedah pengajaran dengan isi dan objektif pelajaran. Kaitan yang positif antara penilaian pelajar terhadap kaedah yang positif antara penilaian pelajar terhadap kaedah yang positif antara penilaian pelajar terhadap kaedah pengajaran dengan hubungan pensyarah-pelajar dan kaitan sederhana positif antara penilaian pelajar terhadap isi dan objektif pelajaran dengan hubungan pensyarah-pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Science
ID Code:43739
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Dec 2014 09:15
Last Modified:08 Oct 2017 16:58

Repository Staff Only: item control page