Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kursus kokurikulum pemadam membentuk agen penyampai maklumat: kajian kes Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

Zainon, Othman and Mohamed Tauhid, Roslina (2012) Kursus kokurikulum pemadam membentuk agen penyampai maklumat: kajian kes Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. In: Seminar Pembangunan Modal Insan 2012, 1-2hb Oktober 2012, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.academia.edu/2395671/KURSUS_KOKURIKULUM...

Abstract

Pembangunan sumber manusia atau modal insan merupakan penggerak kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Daya pengeluaran, dayacipta, daya saing serta keupayaan dalam penggunaan dan penghasilan teknologi baru di sesebuah negara ditentukan oleh kualiti sumber manusia.Walaupunbegitu, manusia bukanlah robot atau mesin yang boleh disetkan mengikut aturan yang dikehendaki tetapi memerlukan pengisian jiwa dan roh yang seimbangdengan keperluan dunia teknologi hari ini. Justeru itu, modal insan yang berkualiti harus dibangunkan secara holistik dengan menekankan pembangunan ilmupengetahuan, kemahiran, modal intelektual seperti ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, nilai etika dan moral yang tinggi.Pembangunan ilmu pengetahuan dan latihan kepada modal insan memerlukan pelaburan pendidikan yang tinggi dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusansupaya lahir modal insan minda kelas pertama yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, satu kajianpenilaian tahap penguasaan pengetahuan terhadap bahaya penyalahgunaan dadah dan kesan penerapan kemahiran insaniah telah dilaksanakan ke atas pelajarkokurikulum PEMADAM. Seramai 41 orang pelajar diploma dan ijazah sarjana muda Universiti Teknologi Malaysia, International Campus, yang mengikutikokurikulum PEMADAM telah dijadikan sampel kajian. Menerusi borang kaji selidik yang digunakan sebagai instrumen dan perisian SPSS sebagai mediumanalisis data, didapati terdapat perubahan dari segi pengetahuan penyalahgunaan dadah sebanyak 87 peratus. Di samping itu, penilaian terhadap kemahiraninsaniah elemen kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat yang diterapkan juga menunjukkan peningkatan dan keterlibatanmahasiswa sebagai agen penyampai maklumat adalah 70 peratus keyakinan selepas mengikuti kursus kokurikulum PEMADAM.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:PEMADAM, agen penyampai maklumat, kemahiran insaniah, kokurikulum
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:43695
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:23 Nov 2014 13:10
Last Modified:23 Oct 2017 12:14

Repository Staff Only: item control page