Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep 1 Malaysia : persepsi staf akademik institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Zainon, Othman and Baharom, Jasmin and Nik Mahmod, Nik Hasnaa and Masrom, Maslin and Hooi, Lai Wan and Mohamed Tauhid, Roslina (2012) Konsep 1 Malaysia : persepsi staf akademik institusi Pengajian Tinggi Malaysia. In: Seminar Pembangunan Modal Insan 2012, 1-2 Oktober 2012, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.academia.edu/2395653/KONSEP_1MALAYSIA_P...

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, keturunan dan etnik yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Komposisi kaum yang terbesar adalah orang Melayu, orang Cina dan orang India yang terasing dari segi penempatan, pekerjaaan dan kebudayaan. Bagi menghapuskan jurang perbezaan ini, Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia pada tahun 2009 dengan harapan untuk mengukuhkan dan menjalinkan semula hubungan etnik di negara ini. Konsep 1 Malaysia adalah kesinambungan daripada kepimpinan dan dasar pentadbiran Malaysia yang telah diamalkan sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Tujuan dilaksanakan konsep 1 Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia etnik yang berbeza. Sikap persefahaman dan toleransi merupakan komponen yang penting untuk mewujud dan mengekalkan perpaduan. Konsep ini menyokong pembentukan sebuah kerajaan yang memberi keutamaan kepada rakyat dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Seminar demi seminar telah diadakan untuk mencari persepsi mudah konsep ini dan bagaimana ia boleh diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian. Sejauh manakah konsep 1 Malaysia ini dihayati dengan mudah oleh semua peringkat umur dan golongan masyarakat seperti ahli politik, ahli akademik, intelektual, pelajar, pegawai-pegawai awam dan penduduk di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Oleh itu, kertas kerja ini mendedahkan hasil dapatan kajian kepedulian staf akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terhadap konsep 1 Malaysia. Sampel kajian ini terdiri daripada 459 orang staf akademik IPT Malaysia dengan menggunakan soal-selidik sebagai instrumen kajian. Di samping itu, kertas kerja ini membincangkan persepsi staf akademik di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia terhadap konsep 1 Malaysia. Penemuan awal menunjukkan bahawa kepedulian konsep 1 Malaysia dalam kalangan staf akademik adalah baik di mana 95 peratus staf akademik tahu apa itu konsep 1 Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:konsep 1 Malaysia, persepsi staf akademik, institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Subjects:J Political Science > JA Political science (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:43694
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:23 Nov 2014 13:08
Last Modified:23 Oct 2017 12:12

Repository Staff Only: item control page