Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru Fizik tingkatan enam

Hashim, Zulkefli (2013) Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru Fizik tingkatan enam. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
578kB

Abstract

Kajian lepas tentang Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) guru melibatkan penerokaan mengenai elemen asas dalam PTPK iaitu Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Pedagogi (PP) dan Pengetahuan Kandungan (PK) serta elemen-elemen pertindihan di antara elemen asas ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan PTPK guru fizik tingkatan enam dalam aspek amalan pengajaran, tahap pengintegrasian ICT dan pengetahuan dalam topik keelektromagnetan. Satu tinjauan berdasarkan kaedah ujian digunakan bagi mengenalpasti miskonsepsi dalam topik keelektromagnetan, soal-selidik bagi mengetahui tahap pengintegrasian ICT dan penelitian dokumen rancangan pengajaran bagi mengenalpasti ciri-ciri amalan pengajaran. Instrumen ujian kefahaman konsep keelektromagnetan (UEM), soal-selidik tahap pengintegrasian ICT (SSICT) dan borang rancangan pengajaran (RP) dibina bagi mengenalpasti tiga perkara ini. Seramai 31 orang guru fizik tingkatan enam di negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang terdiri daripada guru baru dan guru berpengalaman terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data ujian UEM dianalisis berdasarkan skema jawapan, soal-selidik SSICT dianalisis menggunakan statistik diskriptif dan inferensi manakala dokumen RP dianalisis menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru berpengalaman lebih cenderung mengamalkan pendekatan pengajaran berpusatkan guru sahaja berbanding guru baru yang lebih cenderung menggunakan pendekatan pengajaran gabungan iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Didapati juga tahap pengintegrasian ICT guru baru adalah pada tahap sederhana dengan nilai min 2.75 manakala guru berpengalaman berada di tahap rendah dengan nilai min 2.29. Analisis ujian-t juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengintegrasian ICT antara guru baru dan berpengalaman. Keputusan juga menunjukkan bahawa kedua-dua guru baru dan guru berpengalaman mengalami miskonsepsi bagi keempat-empat item dalam ujian UEM. Adalah dicadangkan bahawa guru fizik tingkatan enam perlu meningkatkan penguasaan konsep keelektromagnetan di samping penggunaan teknologi dan pedagogi yang sesuai bagi menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Fizik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013; Supervisor : Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah
Uncontrolled Keywords:effective teaching, reflective teaching, study and teaching
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:41946
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:08 Oct 2014 15:32
Last Modified:21 Jun 2017 14:04

Repository Staff Only: item control page