Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian terhadap kesan percampuran kelikir dengan pasir formasi ke atas produktiviti telaga

Othman, Ariff (1994) Kajian terhadap kesan percampuran kelikir dengan pasir formasi ke atas produktiviti telaga. Buletin FKKKSA, 8(1) . pp. 67-81. ISSN 0128-0740

[img] PDF
751kB

Abstract

Satu kajian secara ujikaji telah dilakukan untuk menyiasat kesan percampuran kelikir dengan pasir formasi ke atas produktiviti telaga yang berpadatan kelikir. Kajian ini melibatkan penggunaan (a) satu kotak ringkas untuk mengukur kebolehtelapan kelikir yang berlaian saiz dan mutu yang dicampurkan dengan pelbagai peratus kandungan pasir formasi, dan (b) satu selinder pengukur untuk menentukan secara kualitatif keliangan padatan kelikir. Faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuklah (a) kesan percampuran kelikir dengan pasir formasi, (b) kesan pelbagai mutu kelikir, (c) kesan kadar alir, dan (d) kesan antara muka kelikir/pasir formasi. Keputusan ujikaji menunjukkan percampuran kelikir dengan pasir formasi mempunyai kesan yang bermakna terhadap produktiviti telaga. Faktor-faktor fizikal yang didapati mempengaruhi kesan percampuran ini terhadap produktiviti telaga adalah (a) taburan saiz partikel campuran, (b) mutu kelikir, (c) taburan saiz pasir formasi, (d) kestabilan padatan, dan (e) halaju aliran bendalir yang melalui padatan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kestabilan padatan pasir, mutu kelikir, pengawalan pengeluaran pasir formasi, percampuran kelikir, produktiviti telaga
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4147
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:02 Aug 2007 09:58
Last Modified:01 Jun 2010 03:15

Repository Staff Only: item control page