Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Usaha penterjemahan manuskrip majlis Aceh ke dalam Bahasa Inggeris

Jusoh, Yahaya and Jasmi, Kamarul Azmi (2007) Usaha penterjemahan manuskrip majlis Aceh ke dalam Bahasa Inggeris. In: Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, pp. 696-705. ISBN 978-983-192-438-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Majlis Aceh atau Perintah Segala Raja-Raja di Aceh yang bertarikh 601H/1204M – 1231H/1815M merupakan antara penulisan karya manuskrip yang tertua dalam dalam penulisan karya politik dan salasilah raja di Negara Islam Aceh. Secara menyeluruh manuskrip ini merupakan satu catatan penting yang membincangkan etika raja dan pegawai, salasilah raja-raja dan senarai pegawai kerajaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihatkan wujudnya percampuran adat dan Islam. Manuskrip ini juga memperlihatkan betapa pengaruh Islam amat menyerlah termasuklah dalam sistem perdagangan. Apa yang pasti Perintah Segala Raja-raja satu gambaran penting proses perkembangan dan pembangunan pemerintahan serta ketamadunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara khususnya kerajaan Melayu Aceh Darussalam. Karya ini kemudiannya cuba dihuraikan secara mudah ke dalam bahasa Inggeris dengan kaedah penulisan yang memudahkan para pembaca memahami kandungan Majlis Aceh agar isi pengajaran karya ini dapat diambil oleh pembaca. Kertas kerja ini akan membincangkan usaha penterjemahan karya ini ke dalam bahasa Inggeris serta isi kandungan penting yang digarap oleh penulis asal untuk tatapan para pembaca.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
L Education > LT Textbooks
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41167
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:22 Sep 2014 11:25
Last Modified:05 Feb 2017 10:01

Repository Staff Only: item control page