Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Etika Islam terhadap peranan institusi keluarga dalam pendidikan kerjaya anak-anak

Muhammad, Azhar and Jasmi, Kamarul Azmi (2004) Etika Islam terhadap peranan institusi keluarga dalam pendidikan kerjaya anak-anak. In: Seminar Pembangunan Kerjaya Abad 21, 29 September 2004, Main Hall, Faculty of Education, Universiti Malaya. (Unpublished)

[img] PDF (Fulltext)
263kB

Abstract

Kerjaya adalah satu bidang yang akan ditempuhi oleh anak-anak apabila tiba masanya. Anak-anak akan menghala kepada pilihan kerjaya masing-masing sama ada secara sukarela atau terpaksa. Pemilihan terhadap kerjaya masing-masing adalah amat penting bagi menentukan pembangunan bidang yang akan diceburi. Oleh itu, Islam sebagai satu cara hidup memberikan tunjuk ajar dan bimbingan secara umum bagi individu yang akan menceburi mana-mana kerjaya yang diminati. Etika Islam terhadap peranan institusi keluarga khususnya ibu bapa amat ditekankan bagi menjamin keutuhan pembangunan dan perkembangan profesionalisme dan kerjaya anak-anak. Ibu bapa perlu merujuk kepada etika ini sesuai dengan status manusia sebagai pemegang amanah khalifah Allah di atas muka bumi ini. Untuk menjamin amanah kekhalifahan ini dapat dilakukan dengan terbaik, maka individu perlu mendapat bimbingan awal terhadap pendidikan kerjaya terutama daripada keluarga. Kertas kerja ini akan menyingkap etika pendidikan kerjaya anak-anak ini melalui sorotan al-Quran dan hadis dalam menempuh alam kerjaya terutama di era globalisasi abad 21.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41121
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:07 Sep 2014 14:58
Last Modified:26 Jun 2016 15:22

Repository Staff Only: item control page