Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sudut perbezaan mata pelajaran al-Balaghah peringkat SPM dan STPM mempengaruhi perkaedahan dan teknik pengajaran dan pembelajaran

Muhammad, Azhar and Mohamed, Ahmad Kilani and Jasmi, Kamarul Azmi (2003) Sudut perbezaan mata pelajaran al-Balaghah peringkat SPM dan STPM mempengaruhi perkaedahan dan teknik pengajaran dan pembelajaran. In: Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan [Siri Ketiga], 16 October 2003, Hotel Alison Klana, Seremban.

[img] PDF (Fulltext)
274kB

Abstract

Mata pelajaran al-Balaghah sebenarnya telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah agama/Arab di Malaysia sama ada yang ditadbirkan oleh rakyat, j a bat an agama, negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat menengah tinggi. Kertas kerja ini akan menyingkap perbezaan antara mata pelajaran al-Balaghah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM ). Perbezaan akan dilihat dalam pelbagai sudut seperti pengajaran, pembelajaran, sukatan dan buku teks yang digunakan. Kepelbagaian sudut perbezaan ini akan menimbulkan kekeliruan kepada pelajar dan akan mempengaruhi perkaedahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bergantung kepada kemahiran yang dilaksanakan oleh guru. Ketidaksamaan ini memperlihatkan pengajaran dan pembelajaran al-Balaghah dalam sistem pendidikan bahasa Arab di Malaysia tidak ada kesmambungan antara satu tahap pengajian dengan tahap berikutnya menyebabkan timbul salah faham di kalangan pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran al-Balaghah dilaksanakan dalam usaha menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Arab language
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41114
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:07 Sep 2014 13:01
Last Modified:30 Aug 2017 12:49

Repository Staff Only: item control page