Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelidikan kualitatif dalam Sains Sosial

Jasmi, Kamarul Azmi (2012) Penyelidikan kualitatif dalam Sains Sosial. In: Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012, Puteri Resort Melaka. (Unpublished)

[img] PDF (Fulltext)
221kB

Abstract

Pengertian sains ( science ) yang menjadi asas dalam penyelidikan kualitatif itu adalah mengambil sempena kata asal bahasa Latin, iaitu scientia yang bermaksud 'saya tahu’ atau definisi bahasa mudahnya sains ialah ilmu. Sains dari segi istilah dalam Kamus Dewan Online ( 2012) ialah kumpulan pengalaman, pengetahuan dari banyak orang kemudian dipadukan secara harmoni dan sistematik sehingga menjadi hasil yang teratur berdasarkan metode ilmiah. Berdasarkan definisi ini, sains sosial juga terangkum dalam definisi ini selagi setiap ilmu itu terhasil dalam bentuk sistematik. Lantaran itu, Sains sosial juga termasuk dalam kategori sains atau ilmu sehingga sains sosial didefinisikan sebagai cabang ilmu mengenai masyarakat yang merangkum pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, psikologi, antropologi, dan ekonomi (Kamus Dewan Online, 2012) . Hal ini demikian kerana asas utama penghasilan ilmu dan sains ialah melalui cara ilmiah, iaitu penyelidikan atau secara bukan ilmiah, iaitu daripada sumber wahyu, intuisi, dan spekulasi. Bab ini cuba mengupas asas penyelidikan dalam sains dengan mengupas ciri asas penyelidikan, kategori penyelidikan, metod kualitatif, dan rekabentuk kajian kualitatif.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41090
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:28 Aug 2014 12:01
Last Modified:10 Oct 2017 16:01

Repository Staff Only: item control page